SOALAN 05.

SISTEM PEMERINTAHAN ASIA DIKATAKAN MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN INSTITUSI AGAMA. JELASKAN.

 

MASLIZA BTE WAHID

 

            Secara keseluruhannya, masyarakat Asia yang tergolong dalam golongan Asia Selatan, Asia Timur, dan Asia Tenggara menganuti pelbagai bentuk kepercayaan dan agama. Dalam masa yang masa juga bukan sekadar kepercayaan tradisi, malah turut mempengaruhi sistem pemerintahan di Asia. Menurut disiplin antropologi, agama disifatkan sebagai sistem kepercayaan dan amalan dalam sesuatu masyarakat. Selain disifatkan sebagai suatu kebudayaan sejagat, secara umumnya anutan agama diketiga-tiga wilayah ini dapat dilihat melalui dua pembahagian, pertama wujudnya agama universal (mempunyai penganut-penganut dari semua bangsa di dunia) dan kedua ialah kewujudan kepercayaan komuniti. Agama universal termasuklah agama Islam, agama Kristian, agama Buddha dan agama Hindu.

Agama Islam adalah agama yang penting dan penganutnya tersebar diseluruh wilayah Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Kemunculan Islam dan perkembangan di Tanah Arab sangat gemilang sehingga telah membawa kepada penyebaran ke seluruh wilayah. Islam telah membawa kepada perubahan kepada masyarakat di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Ia telah membawa kepada semangat nasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja dikalangan pihak istana dan kerabat, malah telah membabitkan rakyat. Perkembangan Islam di  Asia Tenggara dilihat lebih terbuka dam mampu mendominasikan perlakuan dan pemikiran rakyat. Kejayaan ini dapat diperlihatkan melalui beberapa kelahiran kerajaan Islam seperti kerajaan Pattani, Kesultanan Sulu, Indonesia, Brunei dan Semenanjung Tanah Melayu. Sewaktu abad ke-19, masyarakat Islam telah mempunyai satu system politik dan pemerintahan yang kukuh dan sistematik, suatu sistem yang yang berlandaskan ajaran Islam, system perekonomian yang baik dan sistem social yang dinamik. Misalnya dalam konteks perundangan, Islam telah memainkan peranan dalam menentukan perjalanan kehidupan masyarakat agar mengikut landasan yang ditentukan dalam hal pemerintahan, harta warisan dan sebagainya. Masyarakat telah menjadikan agama Islam sebagai landasan perjuangan yang penting di Asia Tenggara. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran agama Kristian telah mendapat tentangan hebat daripada kesultanan Sulu yang menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan dan penyatuan rakyat. Dilihat daripada perang Mora dan keadaan yang berlaku di Acheh jelas menunjukkan Islam telah menanamkan kesedaran kebangsaan ke dalam jiwa masyarakat tempatan.

 

Islam telah dilihat menjadi asa penyatuan masyarakat sewaktu berlakunya perang Jana antara tahun1825-1830. Dalam masa yang sama, telah lahir ulama yang bertindak sebagai pemimpin masyarakat dalam gerakan penjajahan. Pembabitan masyrakat jugaberdasarkan hubungan yang erat dengan kerajaan Islam. Aktiviti menunaikan haji ke Mekah telah menyebabkan wujudnya perhubungan dengan kerajaan-kerajaan lain. Islam telah dijadikan dasar dalam menubuhkan pertubuhan-pertubuhan politik. Dalam pertubuhan ini, Islam telah digunakan sebagai lambing penyatuan dan perpaduan kebangsaan. Selepas perang Dunia ke-2, Islam telah diambil alih sebagai antara elemen penting dalam pembentukan negara merdeka, agama Islam menjadi faktor penting dalam pemilihan presiden.

Selain agama Islam, agama Buddha turut mempengaruhi pemerintahan negara-negara Asia. Di Asia Tenggara, Burma dan Siam telah menjadikan agama Buddhasebagai agama rasmi dan mempunyai kedudukan yang amat kukuh. Kristian dilihat gagal menembusi benteng keagamaan ini. Kuil-kuil Buddha dan pembinaan patung-patung Buddha diperbuat daripada gangsa disokong oleh kerajaan. Kesungguhan beragama diberikan penghormatan bersungguh-sungguh terhadap rahib Buddha merupakan factor perpaduan masyarakat Burma. Kepentingan rahib Buddha dalam pembentukan masyarakat turut berlaku dalam aspek pemerintahan. Rahib Buddha bertindak sebagai penasihat kerajaan. Sangha merupakan pusat penting dalam gerakan nasionalisme di Burma.  Sangha bertindak melindungi agama, adat dan kehidupan masyarakat.

Agama Buddha mula bertapak di Kemboja pada abad ke-14 dengan aliran Theravada yang penting. Ajaran Buddha dianggap sebagai ajaran yang benar dan telah diberikan sifat ketuhanan yang disembah. Ini bermakna amalan Buddha telah diasimilasikan dengan kepercayaan tempatan. Selain itu, Siam juga menjadikan agama Buddha sebagai agama terpenting sehingga dijadikan agama rasmi negara. Ajaran agama Buddha yang menekankan karma menjadi pegangan penting masyarakat Siam. Pemerintah Siam merupakan penganut agama Buddha yang taat dan banyak menjalankan usaha untuk mengembangkan agama ini. Pemerintahan serta dasar kerajaan yang mementingkan agama diteruskan oleh pemerintah seterusnya. Di Asia Selatan, cara kehidupan rahib di kuil atau biara merupakan kehidupan yang paling unggul dalam agama ini. Masyarakat diminta untuk menyokong para rahib dan kuil Buddha dengan memberi segala bentuk bantuan dalam pemerintahan.

Pemerintahan di negara Thai dipengaruhj oleh agama Buddha Theravada. Agama ini mempunyai hubungan yang erat dengan organisasi politik. Raja dianggap sebagai penaung dan pendukung agama. Pada akhir abad ke-18, Rama 1 telahpun memulakam proses membuddhakan sistem pemerintahannya yang dipengaruhi oleh amalan agama Hindu. Baginda telah mengeluarkan perintah yang melarang rakyat negara Thai yang memberi penghormatan yang mulia kepada kuasa ghaib, malahan rakyat mesti menghormati agama Buddha sepenuhnya. Akibat pengaruh agama Buddha, institusi kerajaan Thai menetapkan raja dipuncaknya. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berkuasa ke atas nyawadan harta benda rakyat baginda. Walaupun demikian, seseorang raja Thai tidak boleh melakukan kekejaman atau bertindak sewenang-wenangnya. Ini kerana kuasa raja Thai dilembutkan oleh ajaran agama Buddha. Selain itu, susunan hierarki masyarakat Thai tradisional dalam pemerintahan ini ditentukan oleh konsep-konsep agama iaitu bun (pahala) dan bab (dosa).

Shintoisme merupakan agama asli masyarakat Jepun. Ia dikatakan bermula daripada mitos dan lagenda. Masyarakat percaya bahawa setiap objek alam sekitar mempunyai semangat sendiri. Pada abad ke-18, ajaran Inoi telah dihubungkaitkan dengan pemerintahan (politik) terutama untuk menyokong keluarga-keluarga pemerintah. Agama Shinto merupakan aspek penting dalam masyarakat Jepun. Ia bukan sahaja menyatukan rakyat, malahan membangkitkan semangat nasionalisme di Jepun. Agama ini dijadikan medium yang sangat berkesan dalam membangkitkan semangat kebangsaan dan taat setia kepada raja. Shinto menekankan bahawa keluarga diraja mempunyai unsure-unsur ketuhanan dan harus dihormati.kepercayaan yang mendalam membantu Jepun menyatukan rakyat dibawah satu tampuk pemerintahan.

Kerajaan telah bertindak sebagai penaung kepada perkembangan agama inidan beribi-ribu rumah berhala telah didirikan. Shinto telah dilihat menjadi pemangkin yang kuat dalam membangkitkan semangat nasionalisme dan perpaduan Jepun.  Kepercayaan yang kuat bahawa agama Shinto mampu menjadi penawar kepada aspek pemerintahan menyebabkan agama ini telah dipilih sebagai agama utama di Jepun. Kerajaan Jepun telah menubuhkan Jabatan Shinto yang bertanggungjawab mengendalikan segala persoalan yang berkaitan dengan agama ini. Satu deklarasi telah dibuat untuk mengumumkan bahawa agama Shinto menjadi asas dalam dasar pemerintahan Jepun.

Confuciusnisme juga mempengaruhi pemerintahan di Asia. Confuciusme merupakan satu falsafah. Secara asasnya, ajaran ini amat berkait rapat dengan ajaran-ajaran yang berkaitan dengan tradisi etika dan idea-idea pemerintahan. Ajaran ini merupakan satu cara untukPemimpin Hidup’ yang dikenali sebagai Tao. Dengan Tao, kehidupan manusia akan mencapai satutahap yang tinggi. Sejak zaman dinasti awal, ajaran ini jadi pegangan dalam perintahan. Kepentingan Confucius dapat dilihat daripada kewujudan sistem peperiksaan awam yang menjadi syarat khas kepada perlantikan pegawai-pegawai kerajaan. Buku-buku klasik Confucius digunakan sebagai bahan rujukan dalam pemerintahan seseorang raja terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya di Vietnam, maharaja Minh Mang (1824-1841) menganggap bahawa bencana alam yang berlaku pada awal pemerintahannya dan kedatangan Perancis adalah disebabkan moral peribadinya yang lemah. Ajaran ini telah berkembang terutamanya di Korea, Jepun dan rantau Asia Tenggara. Malah, sistem pentadbiran di Vietnam juga mengambil modal China sebagai asas pentadbiran. Ajaran Taoisme sebagaimana ajaran Confucius lebih merupakan fahaman falsafah. Idea Taoisme lebih tertumpu kepada kebebasan masyarakat yang tidak harus dikongkong oleh golongan atasan yang melakukan pelbagai penindasan.

Kesimpulannya,agama mempunyai pengaruh yang kuat terhadap system pemerintahan di Asia selain menunjukkan ketamadunan sesebuah negara. Disamping itu agama juga turut menjadi asas kepada kebangkitan semangat nasionalisme yang meluap-luap berdasarkan unsur-unsur ketuhanan disamping membentuk taat setia kepada keluarga diraja dan negara, misalnya agama Shinto.