SOALAN 03
BINCANGKAN AMALAN SISTEM FEUDAL DI JEPUN DAN
NEGARA
MOHD SHAH MD ALI
HANAFIAH
Sistem feudal boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu bukannya oleh kerajaan pusat. System feudal mempunyai kuasa militer dalam hal-kal yang berkaitan dengan tuan tanah yang merangkumi kuasa ekonomi,politik,ketenteraan disamping hal-hal yang berkaitan dengan hubungan diantara tuan tanah-vassal. Satu ciri yang jelas boleh dikesan ialh stuktur system feudal ini adalah sdalam bentuk pyramid. Raja menduduki tunggak kerajaan diikuti oleh pembantu raja yang selalunya terdiri daripada golongan diraja atau golongan bangsawan. Kedudukan yang terbawah sekali terdiri dari golongan rakyat atau petani,artisan dan saudagar. Namun begitu, system feudal di Jepun dikatakan amat berbeza dengan negara-negara lain. Hal ini kerana Jepun mengamalkan system feudal berpusat.
Struktur feudalisme di Jepun ialah system feudal berpusat. Ini bermaksud kekuasaannya
hanya tertumpu kepada satu pihak
sahaja iaitu shogun yang berkuasa penuh dalam pemerintahan Jepun. Raja Jepun
hanyalah sebagai boneka. Ini kerana daimyo iaitu
pembesar hanya berurusan dengan shogun bukannya dengan raja. Daimyo dipertanggungjawabkan untuk membantu shogun. Daimyo ialah tuan-tuan
tanah yang bertanggungjawab
dalam menyumbangkan sebahagian hasil tanah kepada raja. Pemilikan tanah oleh pembesar iniakan
mewujudkan system kawalan terhadap tanah dan akan
membentuk pengawal-pengawal.
Pengawal tanah tidak memerlukan bantuan kerajaan pusat kerana ia telah dibuat dalam daerah
oleh golongan pembesar. Ekoran daripada keaadaan ini, maka wujudlah
golongan tuan-tuan tanah yang bersatu mengawal tanah secara sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksaan
oleh tuan tanah yang lebih kuat. Keadaan inilah
yang akan mewujudkan system feudal berpusat
yang diketuai oleh shogun. Pengawalan tanah juga bermakna
mengawal para petani serta menggunakan
kekuasaannya bagi mendapatkan sumber ekonomi bagi angkatan
perang dan membiayai para pengikutnya terutama golongan petani. Ini bermakna semakin
ramai pengikut , maka tuan-tuan
tanah semakin kaya. Pengawalan terhadap tanah
ini perlu juga mendapatkan pengesahan kerajaan pusat bagi kawasan
tanah padi.
Jika diteliti secara mendalam,struktur feudalisme di Jepun
telah mewujudkan golongan pembesar yang mengetuai sesuatu daerah dan tanah-tanah
dalam daerah kawalannya. Dengan ini mereka berhak mengutip cukai. Cukai-cukai yang dikutip merupakan
sumber ekonomi bagi menyara para
pengikut serta melengkapkan pasukan tentera yang kuat. Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang banyak serta membuktikan
kekuatan para pembesar. Raja pula
bergantung kepada memperoleh pendapatan hasil cukai. Pada kebiasaannya,para
pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan mereka yang sebenar. Hal ini menyebabkan pendapatan para pembesar melebihi
pendapatan raja kerana tiada cara
untuk mengaudit pendapatan cukai dikalangan pembesar. Kekayaan ini membolehkan
pembesar mengumpul lebih ramai pengikut
dan menguasai pembesar lain yang lemah serta mempengaruhi
raja. Pengikut dalam daerah memberi taat setia kepada
pembesar melebihi raja kerana mereka bergantung
kepada pembesar untuk mendapatkan perlindungan ,
pekerjaan dan pendapatan. Pembesar pula memerlukan
raja bagi mendapatkan pengesahan kekuasaan. Biasanya perlantikan pengganti pembesar ialah dengan cara warisan.
System feudal juga merupakan amalan yang dilakukan sejak sekian lama di China. Sejak
Dinasti Shang lagi system feudal mempunyai bentuk yang nyata. System feudal di
China berbeza
dengan system feudal di
Jepun. Ini kerana system feudal di
China terus tertumpu kepada raja berbanding dengan Jepun dimana
pembesar lebih tertumpu kepada shogun tidak kepada raja. Mengikut system pemerintahan di
Rahib Buddha turut terbabit
dalam system feudal dan menjadi pemilik tanah yang sangat berkuasa. Mereka mempunyai keluasan tanah yang luas berbanding pemilk tanah lain. Selain itu ,sesetengah sarjana melihat bahawa system feudal di China bukanlah system feudal
yang tulen. Menurut pandangan ini
system feudal mencapai zaman
terakhirnya pada zaman dinasti Ming dan Qing. Ini berlaku apabila kuasa kerajaan pusat dikuatkan dan peranan pembesar
yang telah dihapuskan menggunakan kekerasan semata-mata untuk menguatkan kedudukan Maharaja.
Masyarakat
Maharaja Gia
Long dan Minh Mang berusaha mengatasi
amalan-amalan feudal. Penindasan
terhadap rakyat yang dilakukan oleh pembesar telah dikenalpasti sebagai punca kelemahan Vietnam. Maharaja
Gia Long bertindak menghapuskan pengeksploitasan tanah secara besar-besaran
dan melarang pegawai kerajaan menerima cukai , manakala kuasa Maharaja keatas pemilikan harta dan tanah
diperkuatkan.
Negara Thai masih tetap sebuah
negeri feudal yang berpegang
kuat terhadap nilai-nilai tradisional masyarakat yang berdasarkan ajaran agama Buddha dan adat resam Thai sejak turun temurun.
Susun lapis masyarakat kekal dengan system phrai-nai dan sakdina.
Masyarakat feudal Thai terdiri
dariapda institusi raja pada lapisan teratas
dan dibawahnya ialah golongan bangsawan (khunnang atau cho) dan
putera-putera yang dikenali
sebagai nai atau tuan masyarakat.
Dibawah nai ialah golongan orang kebanyakkan yang dapat dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu phrai atau rakyat yang bebas dan that atupun hamba. Ketiga-tiga
golongan ini merupakan batu asas rakyat masyarakat
tradisional Thai. Walaubagaimanapun
,golongan sangha juga memainkan peranan yang penting dalam system feudal ini.
Kesimpulannya
, abad ke-19 dan 20 memperlihatkan satu perkembangan menarik dalam sejarah system feudal di Asia.sejak sekian
lama ,ia telah melaksanakan dan menerima system feudal sebagai sebahagian daripada system social
mereka. Peranan pembesar wilayah mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun
kebanyakkan negara meletakkan raja atau maharaja sebagai yang tertinggi. Walaubagaimanapun ,kesan daripada perubahan-perubahan yang
berlaku abad ke-19 dan ke-20 menyebabkan system
feudal menerima tekanan
yang cukup hebat.